Isnin, 26 November 2012

SIFAT GURU YANG TIDAK BAIK

     Guru yang baik seharusnya menjadi kesayangan kepada pelajar dan contoh ikutan yang baik. Walau bagaimanapun, sedar atau tidak, ada sebilangan kecil di kalangan guru memiliki sifat yang tidak baik. Berikut adalah sepuluh sifat guru yang tidak baik menurut Frank W. Hart yang tidak disukai oleh pelajar :


  1. Garang, membebel, tidak pernah senyum, suka memerli dan mudah hilang sabar.
  2. Tidak membantu kerja-kerja di sekolah, tidak menerangkan pelajaran dan tugasan secara jelas serta bekerja tanpa perancangan.
  3. Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu.
  4. Besar diri, sombong, angkuh, susah menerima pandangan dan tidak menyedari muridnya keluar kelas.
  5. Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa, terlalu tegas dan membuat huru-hara.
  6. Tidak adil dalam pemeriksaan dan pemberian markah ujian dan peperiksaan.
  7. Tidak memberi perhatian terhadap perasaan murid.
  8. Memalukan murid di hadapan teman sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran.
  9. Tidak berminat untuk mengenali murid dan latar belakang mereka.
  10. Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya.
     Jika diteliti, memang tidak dinafikan yang sifat-sifat tersebut ada dalam setiap diri seorang guru. Meskipun demikian, untuk menjadi guru yang disayangi pelajar, seharusnya kita membuat perubahan dan belajar daripada pengalaman kerana pelajar adalah segala-galanya bagi kita.Tanpa mereka siapalah kita.

Salam hormat,
Admin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan