Guru yang efektif menurut al-Ghazali :
Manakala, menurut Ibnu Jamaah, kualiti dan tugas guru yang efektif seperti berikut :- mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri.
- Mengikuti tingkah laku dan sunnah nabi dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberikan.
- Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar terlatih dan berpengetahuan tentang perkara tersebut.
- Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka.
- Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid-muridnya.
- Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.
- Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.
- Meletakkan ilmu dan pengajaran di atas kepentingan diri sendiri.
- Taat kepada etika dan perilaku pengajaran.
- Memahirkan diri dan memahami segala aspek pelajaran yang diajari.
- Mempunyai kefahaman minimum serta berjinak-jinak dengan bidang pelajaran yang lain selain daripada bidang pengkhususannya.
- Memahami suasana semasa dan keadaan masyarakat sekelilingnya.
- Mempunyai kefahaman yang baik tentang aspek kualiti individu dan tahap kemampuan muridnya.
- Adil dan berpandangan sama rata terhadap semua muridnya.
- Melaksanakan semua aktiviti yang melibatkan muridnya dengan penuh kasih mesra dan kesabaran.
- Memberi tumpuan kepada cara berpakaian dan perwatakan diri keseluruhannya.
Demikian antara beberapa pendapat tokoh yang cuba diketengahkan tentang ciri-ciri guru yang baik dan efektif. Usaha untuk mewujudkan guru yang efektif adalah usaha sejagat dan dunia pendidikan negara kita masih meneruskan tradisi murni ini.
Petikan : Ahmad Mohd Salleh-Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.
Salam hormat,
Admin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan