BAB 12: AL QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN (HADIS)
عَن أَبِى هُرَيْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ عَنِ
النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : تـَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكُمْ بِهِمَا : كِتَابُ الله وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Ertinya
: Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW bersabda; Aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan
kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah nabinya.
12.1 BERPEGANG TEGUH KEPADA AL QURAN DAN HADIS
·
Kedua-dua
al Quran dan hadis merupakan sumber hukum utama dalam menentukan hukum
·
Seluruh
umat islam wajib berpegang teguh dengan al Quran dan hadis
12.2 SEBAB PERLU BERPEGANG TEGUH DENGAN AL QURAN
DAN HADIS
·
Keduanya
merupakan sumber hukum
·
Kita
akan selamat dunia dan akhirat
·
Akan
memiliki akhlak yang mulia
·
Akan
berjaya hidup di dunia dan akhirat
·
Supaya tetap dalam iman
12.3 AKIBAT MENOLAK DAN MEMPERSENDAKAN AL QURAN
DAN HADIS
·
Terkeluar
dari Islam
·
Setiap
amalan baik tidak diterima oleh Allah
·
Penyakit
sosial berleluasa dalam masyarakat
·
Umat
Islam akan berpecah belah
·
Hilang
berkat hidup dan terputus rahmat Allah
·
Tidak
memperolehi hidayah daripada Allah
12.4 USAHA UNTUK MEMAHAMI AL QURAN DAN HADIS
·
Berusaha
membaca kedua-duanya dengan bacaan yang betul
·
Mengkaji
ilmu yang berkaitan dengan al Quran dan hadis
·
Memahami
tafsir dan huraiannya
·
Belajar
dengan guru yang alim dalam bidang keduanya.
12.5 PENGAJARAN HADIS
·
Al
Quran dan hadis penduan utama umat Islam
·
Mukmin
yang berpegang dengan ajaran al Quran dan hadis dijamin tidak akan sesat
·
Menolak
dan mempersendakan ajaran al Quran dan hadis akan membatalkan iman
· Kita hendaklah
mencintai
al Quran dengan membacanya selalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan