Rabu, 28 November 2012

INGIN MENJADI GURU CEMERLANG ATAU DIKENALI DENGAN GC?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
     Bagi yang membaca artikel ini diucapkan terima kasih kerana sudi membacanya walaupun artikel ini tidaklah sehebat manapun tetapi disebabkan ingin berkongsi sedikit mengenai ilmu untuk memohon GC supaya rakan-rakan di luar sana juga boleh menjadi GC. Pada mulanya saya tidaklah berminat untuk memohon tetapi di atas dorongan rakan-rakan seperjuangan yang melihat dari perspektif kaca mata mereka bahawa saya layak untuk memohon, jadi hasrat murni ini saya teruskan. Ini kemungkinan juga mereka melihat saya banyak membuat modul untuk pelajar saya dan juga ketika p&p saya banyak menggunakan LCD dan komputer sebagai bahan bantu mengajar saya. Untuk pengetahuan pembaca, saya adalah guru biasa-biasa sahaja tetapi disebabkan minat yang mendalam dalam profesion ini, jadi saya banyak menimba ilmu menerusi internet, pembacaan buku-buku, perkongsian ilmu daripada rakan-rakan sejawatan yang telah telah lama berkhidmat dan sebagainya.
     Baiklah, berbalik kepada bagaimana untuk memohon GC? Sesiapa sahaja guru-guru yang telah berkhidmat selama 5 tahun layak memohon GC. Walau bagaimanapun, persiapan perlu ada untuk bergelar GC kerana GC tidak sama dengan guru biasa. Tidaklah nanti, orang akan mengata...GC dan guru biasa sama jerrrrrrrrr! Melalui pengalaman saya....walaupun belum lagi bergelar GC, perkara utama yang dititikberatkan ialah sistem fail. Sekiranya anda adalah guru tingkatan, guru kebajikan, ketua panitia...anda perlu mewujudkan fail-fail berkaitan termasuklah fail peribadi atau dikenali dengan fail meja. Saya ingin memberi penekanan kepada fail meja. Apa yang perlu ada dalam fail meja ialah ringkasan tugas anda untuk setahun, surat menyurat, sijil, minit mesyuarat dan hand out tugas-tugas semasa, berkaitan peperiksaan, kajian tindakan, laporan dan banyak lagi yang berkaitan dengannya. Manakala untuk modul, anda dinasihatkan untuk mewujudkan satu fail lain dan susun mengikut kreativiti anda sendiri, kerana saya percaya guru-guru sememangnya memiliki sifat kreatif dan inovatif!
     Fail untuk guru tingkatan sekiranya anda memegang kelas ialah senarai pelajar, maklumat peribadi pelajar, catatan ringkas bilangan kehadiran mereka, senarai bayaran yang dikenakan kepada pelajar, keputusan peperiksaan mereka dan apa sahaja yang berkaitan dengan pelajar tersebut.
     Manakala sekiranya anda adalah ketua panitia, sememangnya anda telahpun didedahkan dengan sistem fail sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pentadbir. Walaubagaimanapun, fail-fail tersebut perlu sentiasa dikemaskinikan dan ditulis minit fail tersebut. Hal ini kerana, tidaklah nanti kelam kabut apabila diminta untuk diserahkan fail-fail kepada nazir yang memantau nanti.
    Mengenai fail yang berkaitan dengan tugas-tugas sampingan seperti guru kebajikan, ketua penasihat persatuan atau kelab dan sebagainya ialah senarai nama pelajar, carta organisasi, maklumat persatuan atau kelab, laporan, surat menyurat, minit mesyuarat, aktiviti yang akan dijalankan untuk setahun (pelan strategik) dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan perkara tersebut perlu dimuatkan ke dalamnya.
     Selain itu juga, anda perlu memastikan buku rekod mengajar sentiasa ditulis dan dikemaskinikan maklumat yang berhubung dengannya. Di samping itu, buku-buku nota atau latihan sentiasa dipantau dan ada bukti pemantauan seperti borang pemantauan atau sebagainya.
     Sebelum saya terlupa, anda juga perlu menguasai ilmu yang berkaitan dengan pendidikan, hal ehwal semasa pendidikan dan teknik pengajaran anda. Untuk itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa memastikan teknik pengajaran anda boleh menarik minat pelajar dan berusaha untuk menjadikan pengajaran sesuatu yang menyeronokkan kepada pelajar. Akhir kata, saya mendoakan supaya anda juga memohon GC dan menjadi GC supaya dapat mencipta pengajaran dan pembelajaran yang lebih canggih dan inovasi untuk dikongsikan dengan guru-guru yang lain. SELAMAT MENCUBA!!!

Salam ingatan,
Admin

Selasa, 27 November 2012

HADIS 3 : ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN



BAB 13: ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN(HADIS)
عَنْ أَبِى بَكْرٍٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنِ النَّبِى  صلى الله عليه وسلم  قَالَ : أُغْدُ عَالِمَا أَوْ مُتَعَلِّمَا أَوْ مُسْتَمِعَا أَؤْ مُحِبَّا وَلاَ تَكُنِ الخَامِسَةِ  فَتَهْلِكْ
Ertinya : Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelima, anda akan binasa


13.1    TUNTUTAN HADIS
·     Rasulullah menuntut umat Islam supaya menuntut ilmu
·     Umat Islam juga dituntut supaya mencintai ilmu pengetahuan
·     Umat Islam perlu menjadi orang yang berilmu

13.2    CIRI-CIRI ILMU YANG BERGUNA
·     Ilmu yang meningkatkan iman
·     Ilmu yang membawa kepada pengabdian diri kepada Allah
·     Ilmu yang boleh mempertingkatkan martabat umat Islam
·     Ilmu yang tidak membawa kepada kesesatan
·     Ilmu yang membangunkan masyarakat
·     Ilmu yang membawa kejayaan
·     Ilmu yang membentuk akhlak dan sifat terpuji

13.3    AKIBAT TIDAK BERILMU
·     Hidup akan binasa
·     Akan sesat dalam kehidupan
·     Ketinggalan dalam aspek kehidupan di dunia
·     Rugi di akhirat
·     Menjadi mundur
·     Mudah ditipu orang
·     Tidak dapat membezakan di antara yang benar dan yang salah

13.4    FAEDAH BERILMU
·     Hidup mulia dan dihormati
·     Mentaati dan berbakti kepada ibu bapa
·     Diredhai dan dikasihi Allah Taala
·     Membangunkan ekonomi umat Islam
·     Dapat berbakti kepada masyarakat dan negara
·     Dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil
·     Mengangkat martabat agama, bangsa dan negara

13.5    PENGAJARAN HADIS
·     Umat Islam disarankan supaya belajar untuk menjadi orang berilmu
·     Islam tidak mahu umatnya menjadi jahil kerana akan dipandang rendah oleh masyarakat.

        .    Umat Islam digesa mempelajari ilmu Fardhu Ain dan fardhu Kifayah

Isnin, 26 November 2012

HADIS 2 :AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN



BAB 12: AL QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN (HADIS)
عَن أَبِى هُرَيْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ  صلى الله عليه وسلم  قَالَ : تـَرَكْتُ  فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ  لَنْ تَضِلُّوا مَا  إِنْ تَمَسَّكُمْ  بِهِمَا : كِتَابُ الله وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Ertinya : Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW bersabda; Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah nabinya.


12.1    BERPEGANG TEGUH KEPADA AL QURAN DAN HADIS
·     Kedua-dua al Quran dan hadis merupakan sumber hukum utama dalam menentukan  hukum
·     Seluruh umat islam wajib berpegang teguh dengan al Quran dan hadis

12.2    SEBAB PERLU BERPEGANG TEGUH DENGAN AL QURAN DAN HADIS
·     Keduanya merupakan sumber hukum
·     Kita akan selamat dunia dan akhirat
·     Akan memiliki akhlak yang mulia
·     Akan berjaya hidup di dunia dan akhirat
·     Supaya tetap dalam iman 

12.3    AKIBAT MENOLAK DAN MEMPERSENDAKAN AL QURAN DAN HADIS
·     Terkeluar dari Islam
·     Setiap amalan baik tidak diterima oleh Allah
·     Penyakit sosial berleluasa dalam masyarakat
·     Umat Islam akan berpecah belah
·     Hilang berkat hidup dan terputus rahmat Allah
·     Tidak memperolehi hidayah daripada Allah

12.4    USAHA UNTUK MEMAHAMI AL QURAN DAN HADIS
·     Berusaha membaca kedua-duanya dengan bacaan yang betul
·     Mengkaji ilmu yang berkaitan dengan al Quran dan hadis
·     Memahami tafsir dan huraiannya
·     Belajar dengan guru yang alim dalam bidang keduanya.

12.5    PENGAJARAN HADIS
·     Al Quran dan hadis penduan utama umat Islam
·     Mukmin yang berpegang dengan ajaran al Quran dan hadis dijamin tidak akan sesat
·     Menolak dan mempersendakan ajaran al Quran dan hadis akan membatalkan iman
·    Kita hendaklah  mencintai al Quran dengan membacanya selalu.

HADIS 1 :PENGENALAN HADIS



BAB 11: PENGENALAN HADIS

11.1    PENGERTIAN HADIS
·   Pada bahasa bererti baharu atau khabar atau berita
·   Pada isitlah syarak pula ialah setiap ucapan (qaul), perbuatan (Fi’il), pengakuan (taqrir) dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.

11.2    HADIS SEBAGAI SUMBER HUKUM
·     Peranan hadis adalah menjelaskan dan menghuraikan al Quran seperti ibadat solat
·     Al Quran menjelaskan kefarduannya dan hadis menerangkan cara melaksanakannya.

11.3    PERBEZAAN AL QURAN, HADIS NABAWI DAN HADIS QUDSI

11.3.1      Al Quran
·     Lafaz dan makna daripada Allah
·     Wahyu Allah disampaikan melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah
·     Sumber hukum pertama
·     Disyaratkan berwudhuk ketika hendak menyentuhnya, sunat berwudhuk ketika membacanya
·     Tidak boleh membacanya ketika berhadas besar
·     Ayat al Quran dibaca dalam solat

11.3.2      Hadis Nabawi
·     Lafaz dan makna dari Rasulullah
·     Perbuatan dan perkataan dan pengakuan Rasulullah
·     Sumber hukum kedua
·     Tidak disyaratkan berwudhuk ketika membaca dan menyentuhnya
·     Boleh membaca ketika berhadas besar
·     Tidak boleh dibaca dalam solat

11.3.3      Hadis Qudsi
·     Lafaz dari rasulullah dan makna daripada Allah
·     Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah
·     Sumber hukum kedua
·     Tidak disyaratkan berwudhuk ketika membaca dan menyentuhnya
·     Boleh membaca ketika erhadas besar
·     Tidak boleh dibaca dalam solat

11.4    PENGERTIAN PERAWI HADIS
·     Perawi hadis ialah orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada rasulullah

11.5    SYARAT PERAWI HADIS
·     Islam
·     Berakal
·     Baligh
·     Adil
·     Kuat hafazan / ingatan
·     Menjaga tulisan
·     Berwaspada

11.6    KEPERLUAN MENGETAHUI SYARAT PERAWI HADIS
·     Dapat membezakan perawi yang benar dengan yang dusta
·     Dapat membezakan hadis yang benar dan hadis yang palsu.