Khamis, 13 Disember 2012

TAZKIRAH 1 
LUPA KEPADA ALLAH

Dalam kitab Zahrir Riyadh bahawa Yaakob AS bersahabat dengan malaikat maut. Maka pada suatu ketika malaikat maut datang kepada Yaakub. Yaakub berkata " Wahai malaikat maut, engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat maut menjawab " Untuk berziarah sahaja". Lalu Yaakub berkata " aku mempunyai permintaan kepadamu". Malaikat maut berkata " apakah permintaanmu?" Yaakub menjawab " Bila ajalku telah dekat dan engkau hendak mengambil nyawaku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu". malaikat maut menjawab " baiklah, aku akan menutuskan kepadamu dua atau tiga utusan". Maka ketika ajal Yaakub telah sampai, malaikat maut datang kepadanya, lalu ditegur Yaakub. " apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat maut menjawab " Aku datang untuk mencabut nyawamu". Yaakub bertanya dengan hairan " Bukankah engkau telah berjanji kepadaku hendak mengutus dua atau iga utusan terlebih dahulu?". Malaikat maut menjawab" Benar aku telah melakukannya. Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat dan bongkoknya badanmu setelah tegap, itu adalah utusanku wahai Yaakub kepada manusia sebelum ia mati".

Kadang-kadang perkara yang paling kita lupakan adalah mati....Disebabkan itulah....walaupun diberikan tanda-tandanya....namun manusia masih alpa sehinggalah umur yang lanjutpun masih melakukan maksiat kepada Allah. Sama-samalah kita renungkan!!!

Dipetik daripada sumber :http://haslina-wadahilmu.blogspot.com

Selasa, 11 Disember 2012

TING 1 :TILAWAH 2

TING 1 : TILAWAH 1

TAZKIRAH 2



TAZKIRAH 2 :

PERSOALAN AURAT
     Manusia ciptaan Allah merupakan seindah-indah dan secantik-cantik makhluk di atas muka bumi ini. Walau bagaimanapun, faktor cetek dengan ilmuan Islam menyebabkan manusia hilang rasa syukurnya kepada pencipta sehingga sanggup melanggar hukum yang telah ditetapkan. Oleh kerana itu, manusia sanggup membuka apa yang perlu ditutup oleh mereka. Logiknya, Islam begitu indah kerana meletakkan sesuatu yang cantik itu di tempat yang cantik sebagaimana manusia apabila dipakaikan perhiasan dan ditutupi dengan baik maka cantiklah ia, berbanding dengan manusia yang tidak dipakaikan perhiasan. Sungguhpun demikian, manusia akan mempertikaikannya bagi yang tidak berfikir berlandaskan iman.
     Hukum menutup aurat sebenarnya telahpun diketahui bahawa wajib. Maksud aurat itu jugapun telah maklum bahawa segala anggota badan yang harus ditutup daripada lelaki ajnabi kecuali muka dan tapak tangannya. Namun, ada segelintir yang kurang memahaminya mentakrifkan sebagai menutup kepala sehingga membiarkan anggota lain tidak sempurna penutupannya. Jika diperhatikan banyak fesyen-fesyen tudung seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Saya kagumi dengan bakat dan kreativiti yang dimilik, namun, terfikirkah mereka bahawa segala yang dibuat adakah memenuhi tuntutan syarak?
Di dalam Islam telah digariskan cara penutupannya sebagaimana berikut :
1. menutupi paras dada bagi tudung
2. tidak jarang- baju dan tudung
3. Labuh
4. Tidak meyerupai pakaian agama lain
5. tidak menyerupai lelaki
6. longgar
7. tidak menampakkan susuk tubuh
8. tidak menampakkan kekaguman sehingga mendatangkan riak.
Wallahu a'lam.

Selasa, 4 Disember 2012

KAEDAH PENGAJARAN

     Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kaedah tertentu untuk memastikan pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dengan mudah dan cepat. Dalam proses p&p sebenarnya guru-guru telahpun menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan, walau bagaimanapun tanpa disedari guru sebenarnya telahpun mengaplikasikan kaedah tersebut dalam pengajaran. Namun demikian, nama kaedah mungkin tidak dapat dijelaskan oleh guru.
     Menurut Athiyyah Al-Abrasyi, mentakrifkan kaedah sebagai jalan yang kita ikuti untuk memudahkan kefahaman kepada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.  Pelbagai kaedah yang boleh diterapkan oleh guru ketika di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Antara kaedah yang biasanya digunakan oleh guru ialah :

1. Kaedah hafalan
  • Melibatkan ingatan secara langsung
  • untuk menguatkan dan mengembangkan ingatan
  • apa yang dipelajari dapat dikeluarkan semula dengan lengkap
  • memerlukan kesungguhan dan ketekunan
2. Kaedah syarahan
  • Guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta pengajaran kepada pelajar.
  • Boleh merangsang murid
  • mengembangkan isi pelajaran.
  • menyampaikan maklumat yang telah dirancang
3. Kaedah dialog
  • Kaedah ini sebenarnya telah ditonjol oleh al-Quran dan kebiasaan diamalkan oleh Rasulullah.
  • Digunakan juga oleh para sahabat.
  4. Kaedah soal jawab
  • Untuk merangsang pemikiran.
  • Boleh membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan pemikiran.
  5. Kaedah pendebatan
  • Kaedah ini dapat melatih seseorang dalam pendebatan kerana pendebatan yang sempurna bergantung kepada kepetahan bercakap dan kecerdasan otak untuk mengeluarkan hujah.
6. Kaedah pandang dengar
  • Kaedah ini dinyatakan dalam peristiwa ista' mi'raj.
  • Rasulullah dipertontonkan dengan pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan ilmu dan pendidikan.
7. Kaedah resitasi
  •  Kaedah untuk menilai sejauh mana pelajar mengetahui sesuatu konsep dan seterusnya meneguhkan pemahaman yang betul dan tepat.
  • Melibatkan ingatan semula tentang maklumat yang beru disampaikan.
  • Pelajar dikehendaki mengulang maklumat berkenaan.
  • Guru  mengemukakan soalan dan pelajar menjawab dengan merujuk buku ataupun diarahkan terlebih dahulu menghafal maklumat tersebut.
8. Kaedah perbincangan
  • Menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik.
  • Guru akan memulakan dengan mengemukakan tajuk.
9. Kaedah lawatan
  •  Apabila guru ingin memberi pengertian yang lebih jelas kepada murid.
  • apabila berhubung dengan pelajaran yang ada kaitan dengan sesuatu yang boleh membangkitkan penghargaan dan cinta kepada Allah.
  • Objeknya terlalu besar, berat untuk dipindahkan ke dalam bilik darjah.
10.Kaedah halaqah
  • Para pelajar mengelilingi guru dalam bentuk bulatan untuk mendengar syarahan guru.
11. Kaedah induktif
  •  perbahasan daripada khusus kepada umum.
12. Kaedah perbandingan
  • Umum kepada khusus
13. Kaedah imlak
  •  Digunakan selepas kaedah hafalan.
  • memerlukan kepada murid menulis apa yang direncanakan kepadanya.
14. Kaedah pemahaman
  •  ialah pemikiran yang diperoleh daripada hafalan rencana, bacaam dan penulisan.
15. Kaedah ulangan
  • Memulakan pembacaan atau mengingat secara berulang kali.
16. Kaedah permainan
  •  Sesuai untuk pra sekolah dan sekolah rendah.
  • Merupakan satu cara melatih murid.
17. Kaedah amali
  • satu cara menyediakan bahan pelajaran dengan menyediakan secara langsung objeknya atau prosesnya atau cara melakukan sesuatu.
18. Kaedah latih tubi
  •  Prinsipnya ialah membaca berulang kali.
  • melibatkan lisan.
19.Kaedah bercerita
  • Cerita mestilah mengandungi unsir yang baik dan memberi teladan.
20.Kaedah penyelesaian masalah
  • untuk memberi latihan dan sokongan semasa pelajar belajar menyelesaikan masalah.
21. Kaedah inkuiri
  • tujuan untuk membantu para pelajar memperoleh pengalaman dan keyakinan dalam mencari jawapan kepada soalan dan masalah  yang mereka minati atau yang perlu diselesaikan.
22. Kaedah projek
  • untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran yang lain.
Kesimpulannya, kaedah yang disenaraikan sememangnya banyak diterapkan oleh guru kepada pelajar tanpa disedari. Guru perlu bijak memilih kaedah yang bersesuaian dengan tajuk yang akan diajar agar pembelajaran menjadi sesuatu yang ,menyeronokkan.

Diolah semula daripada buku pedagogi pendidikan islam,Ahmad Mohd Salleh;
Admin